KEMAHIRAN MEMPROSES
MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS
Pemprosesan
maklumat ialah perubahan maklumat dalam apa-apa cara yang dapat dikesan oleh
pemerhati. Dalam erti lain, kemahiran memproses maklumat ialah keupayaan dan
kebolehan pelajar untuk menganalisis dan mentafsir bahan yang diperoleh. Hal
ini melibatkan keupayaan untuk mencari, menilai, menyusun, menggunakan dan
menyampaikan maklumat dalam pelbagai format, terutamanya dalam situasi membuat
keputusan, menyelesaikan masalah atau memperoleh pengetahuan.
Keupayaan-keupayaan ini ialah gabungan kemahiran penyelidikan, kemahiran
berfikir secara kritis, kemahiran teknologi komputer dan kemahiran
berkomunikasi. Kemahiran ini adalah amat penting untuk kejayaan akademik
seseorang yang berfungsi dengan berkesan di tempat belajar mahupun tempat kerja
kerana dapat melahirkan masyarakat yang berpengetahuan tinggi.
1.1 MENGANALISIS MAKLUMAT
YANG DIKUMPULKAN
Proses
menganalisis maklumat yang dikumpulkan adalah bertujuan untuk mencadangkan
kesimpulan dan membandingkan fakta. Maklumat yang telah dikumpul akan
dianalisis untuk menghubung kait fakta, mensintesiskan maklumat, membaca
maklumat tersirat serta membuat kesimpulan pada akhirnya. Proses ini dapat
meningkatkan pemahaman seseorang terutamanya semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
![]() | |
|
Kategori
maklumat dapat dikategorikan kepada dua bentuk iaitu maklumat kuantitatif dan
maklumat kualitatif. Maklumat berbentuk kuantitatif merujuk kepada maklumat
yang telah dikumpul dan diterjemahkan ke dalam bentuk nombor dan seterusnya
dipaparkan dan dianalisis secara matematik. Manakala, maklumat berbentuk
kualitatif pula merujuk kepada maklumat yang telah dikumpul sebagai sejumlah
perkataan, pemerhatian, gambar, simbol, deskripsi, pendapat, tafsiran dan
lain-lain. Oleh kerana itu, kedua-dua bentuk maklumat ini perlu dianalisis
dengan kaedah yang amat berbeza.
Maklumat
kuantitatif merupakan suatu maklumat berbentuk data bernombor yang boleh
dianalisis dalam pelbagai kaedah seperti jadual, graf lengkung, graf bar, carta
pai dan piktograf. Kebiasaannya, data kuantitatif ini dikumpul secara langsung
sebagai nombor dan tertakluk kepada prosedur statistik misalnya mengira purata
min, purata bilangan peristiwa atau tingkah laku. Berikut merupakan contoh
maklumat kuantitatif yang diperoleh daripada beberapa kaedah seperti yang telah
diperkatakan sebentar tadi.
(a) Jadual
Susunan data kuantitatif
teratur dalam lajur dan baris. Data ini juga dikenali sebagai matriks.
![]() |
Rajah 1.1 (b) menunjukkan jadual penggunaan pusat sumber mengikut subjek bagi tahun 2007. |
(b) Graf Bar
Graf ini digunakan untuk menunjukkan hasil data yang diperoleh dari suatu hasil uji kaji.
![]() | |||
|
(f) Berikut
merupakan panduan untuk menulis laporan.
· Dimulakan dengan tajuk
kajian, nama pengkaji dan tarikh laporan selesai.
· Penghargaan.
· Abstrak.
· Halaman kandungan.
· Latar belakang kajian.
· Pernyataan masalah.
· Objektif kajian.
· Metadologi kajian.
· Perancangan.
· Pelaksanaan perancangan.
· Dapatan kajian.
· Refleksi.
· Kesimpulan dan cadangan.
· Rujukan.
· Diakhiri dengan lampiran.
1.5 PENUTUP
Pada akhir bab 6 ini, saya dapat mengukur sendiri tahap kemahiran saya dalam
memproses maklumat. Dalam kemahiran menganalisis maklumat yang
dikumpul ini, terdapat dua bentuk maklumat yang terdiri daripada kuantitatif
dan kualitatif. Maklumat ini boleh dianalisis melalui pelbagai kaedah
contohnya untuk menganalisis maklumat berbentuk kuantitatif kita digalakkan
menggunakan jadual dan graf manakala untuk menganalisis maklumat berbentuk
kualitatif pula bersesuaian dengan membuat lakaran, rajah, foto dan teks.
Selain itu, untuk sub tajuk mentafsir dan membuat kesimpulan pula, saya
telah memahami mentafsir maklumat adalah penerangan ringkas berdasarkan
maklumat yang dikumpul atau dibaca manakala membuat kesimpulan adalah sesuatu
gagasan yang dicapai pada penghujung perbincangan. Seterusnya, saya
juga telah mengetahui cara-cara untuk menilai maklumat yang betul berdasarkan
kaedah-kaedah terperinci supaya maklumat-maklumat tersebut dapat dinilai dengan
jelas dan betul. Akhir sekali, saya telah mempelajari bagaimana
mensintesis maklumat untuk menghasilkan bahan berulis yang berkualiti.
Mensintesis maklumat bukanlah perkara yang mudah kerana ia memerlukan pemikiran
yang kritis aras tinggi untuk menggabungkan, mengubah, dan menyatukan idea-idea
yang diperolehi secara menyeluruh.