KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS
Pemprosesan maklumat ialah perubahan maklumat dalam apa-apa cara yang dapat dikesan oleh pemerhati. Dalam erti lain, kemahiran memproses maklumat ialah keupayaan dan kebolehan pelajar untuk menganalisis dan mentafsir bahan yang diperoleh. Hal ini melibatkan keupayaan untuk mencari, menilai, menyusun, menggunakan dan menyampaikan maklumat dalam pelbagai format, terutamanya dalam situasi membuat keputusan, menyelesaikan masalah atau memperoleh pengetahuan. Keupayaan-keupayaan ini ialah gabungan kemahiran penyelidikan, kemahiran berfikir secara kritis, kemahiran teknologi komputer dan kemahiran berkomunikasi. Kemahiran ini adalah amat penting untuk kejayaan akademik seseorang yang berfungsi dengan berkesan di tempat belajar mahupun tempat kerja kerana dapat melahirkan masyarakat yang berpengetahuan tinggi.
1.1 MENGANALISIS MAKLUMAT YANG DIKUMPULKAN
Proses menganalisis maklumat yang dikumpulkan adalah bertujuan untuk mencadangkan kesimpulan dan membandingkan fakta. Maklumat yang telah dikumpul akan dianalisis untuk menghubung kait fakta, mensintesiskan maklumat, membaca maklumat tersirat serta membuat kesimpulan pada akhirnya. Proses ini dapat meningkatkan pemahaman seseorang terutamanya semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
![]() | |
|
Kategori maklumat dapat dikategorikan kepada dua bentuk iaitu maklumat kuantitatif dan maklumat kualitatif. Maklumat berbentuk kuantitatif merujuk kepada maklumat yang telah dikumpul dan diterjemahkan ke dalam bentuk nombor dan seterusnya dipaparkan dan dianalisis secara matematik. Manakala, maklumat berbentuk kualitatif pula merujuk kepada maklumat yang telah dikumpul sebagai sejumlah perkataan, pemerhatian, gambar, simbol, deskripsi, pendapat, tafsiran dan lain-lain. Oleh kerana itu, kedua-dua bentuk maklumat ini perlu dianalisis dengan kaedah yang amat berbeza.
Maklumat kuantitatif merupakan suatu maklumat berbentuk data bernombor yang boleh dianalisis dalam pelbagai kaedah seperti jadual, graf lengkung, graf bar, carta pai dan piktograf. Kebiasaannya, data kuantitatif ini dikumpul secara langsung sebagai nombor dan tertakluk kepada prosedur statistik misalnya mengira purata min, purata bilangan peristiwa atau tingkah laku. Berikut merupakan contoh maklumat kuantitatif yang diperoleh daripada beberapa kaedah seperti yang telah diperkatakan sebentar tadi.
(a) Jadual
Susunan data kuantitatif teratur dalam lajur dan baris. Data ini juga dikenali sebagai matriks.
![]() |
Rajah 1.1 (b) menunjukkan jadual penggunaan pusat sumber mengikut subjek bagi tahun 2007. |
(b) Graf Bar
Graf ini digunakan untuk menunjukkan hasil data yang diperoleh dari suatu hasil uji kaji.
![]() | |||
|
(f) Berikut merupakan panduan untuk menulis laporan.
· Dimulakan dengan tajuk kajian, nama pengkaji dan tarikh laporan selesai.
· Penghargaan.
· Abstrak.
· Halaman kandungan.
· Latar belakang kajian.
· Pernyataan masalah.
· Objektif kajian.
· Metadologi kajian.
· Perancangan.
· Pelaksanaan perancangan.
· Dapatan kajian.
· Refleksi.
· Kesimpulan dan cadangan.
· Rujukan.
· Diakhiri dengan lampiran.
1.5 PENUTUP
Pada akhir bab 6 ini, saya dapat mengukur sendiri tahap kemahiran saya dalam memproses maklumat. Dalam kemahiran menganalisis maklumat yang dikumpul ini, terdapat dua bentuk maklumat yang terdiri daripada kuantitatif dan kualitatif. Maklumat ini boleh dianalisis melalui pelbagai kaedah contohnya untuk menganalisis maklumat berbentuk kuantitatif kita digalakkan menggunakan jadual dan graf manakala untuk menganalisis maklumat berbentuk kualitatif pula bersesuaian dengan membuat lakaran, rajah, foto dan teks.
Selain itu, untuk sub tajuk mentafsir dan membuat kesimpulan pula, saya telah memahami mentafsir maklumat adalah penerangan ringkas berdasarkan maklumat yang dikumpul atau dibaca manakala membuat kesimpulan adalah sesuatu gagasan yang dicapai pada penghujung perbincangan. Seterusnya, saya juga telah mengetahui cara-cara untuk menilai maklumat yang betul berdasarkan kaedah-kaedah terperinci supaya maklumat-maklumat tersebut dapat dinilai dengan jelas dan betul. Akhir sekali, saya telah mempelajari bagaimana mensintesis maklumat untuk menghasilkan bahan berulis yang berkualiti. Mensintesis maklumat bukanlah perkara yang mudah kerana ia memerlukan pemikiran yang kritis aras tinggi untuk menggabungkan, mengubah, dan menyatukan idea-idea yang diperolehi secara menyeluruh.
No comments:
Post a Comment